Friday 7 August 2015

Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis (Part II)



Pesakit Asma
Sumber Foto: Google



Pesakit Sinusitis (macam resdung)
Sumber Foto: Google

Dalam entry ini saya akan fokuskan tentang penggunaan vakum berkuasa tinggi, mop lantai menggunakan air panas, penggunaan cecair pengilat lantai & Dettol, penggunaan latex glove, face mask dan sabun cuci tangan Dettol.

Langkah penjagaan seperti ini amat perlu dilakukan jika pengidap penyakit asma dan sinusitis ingin membela kucing. Walau bagaimanapun, semua penerangan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan keluarga semata-mata.

Bagi tujuan keselamatan dan kesihatan anda disarankan bertanya kepada doktor dan vet untuk mendapat kebenaran mereka.

Bagi pengidap penyakit asma dan sinusitis yang ingin membela kucing dalam rumah, amalan kebersihan sangat perlu dititik beratkan, terutama sekali kebersihan udara dan kebersihan lantai. Bagi menjaga kebersihan udara sila klik di sini kerana saya telah terangkan dalam entry sebelumnya yang bertajuk "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic dan Sinusitis (Part I)". 

Bagi menjaga kebersihan, vet menyarankan kepada orang yang bela kucing dalam rumah supaya vakum lantai setiap dua hari sekali. Bagi memastikan lantai bersih daripada debu, habuk dan bulu kucing, saya menggunakan vacuum cleaner yang berkuasa tinggi. Saya menggunakan vacuum cleaner jenama Panasonic yang mempunyai kuasa tinggi, iaitu 1600 watt seperti dalam gambar di bawah. Harga RM399 boleh beli di Seng Heng ketika ada offer.



Vacuum Cleaner Panasonic Berkuasa Tinggi (1600W)
Sumber Foto: Google


Memang seronok menggunakan vakum seperti di atas. Kerja-kerja vakum menjadi mudah dan cepat. Vakum ini mempunyai sedutan yang sangat kuat. Tidak serik menggunakannya dan rasa worth it membelinya. 

Semua habuk, debu dan bulu kucing ditarik dengan cepat dan mudah. Tidak perlu vakum banyak kali. Dua atau tiga kali vakum sahaja lantai sudah bersih. 

Paling seronok lantai basah pun boleh vakum. Selepas mop lantai biasanya saya pasang kipas laju-laju untuk pastikan lantai cepat kering. Tetapi dengan menggunakan vacuum cleaner jenama Panasonic yang berkuasa tinggi ini, cukup dengan sekali vakum sahaja lantai yang lembab menjadi kering serta merta!

Selain itu kalau ada gelas berisi air, jatuh ke lantai dan pecah, boleh terus vakum kaca dan air sekaligus! Mudahkan?

Vakum di atas juga senang dibersihkan. Angkat sahaja penutup hitam di atas, letakkan beg plastik sampah pada muncungnya, ketuk dan semua sampah terus keluar. Bagi mengelakkan habuk, saya memakai face mask ketika membersihkannya. Cuma untuk membersihkan kain pada penutupnya, perlukan sedikit usaha untuk menarik debu keluar.

Selain itu, gambar di bawah pula merupakan vacuum cleaner Panasonic saya yang lama. Kuasa 800 watt. Harga dah lupa sebab dah lama beli. Kalau tak silap harga dalam dua ratus lebih.



Vacuum Cleaner Panasonic Berkuasa Rendah (800W)
Sumber Foto: Google

Vacuum cleaner seperti dalam gambar di atas saya beli jenis yang ada beg. Tujuannya supaya saya tidak perlu bergelumang dengan habuk dan debu. Bila telah penuh, saya buang beg yang lama dan gantikan dengan beg yang baru.

Walau bagaimanapun, kuasa sedutannya agak rendah. Tak seronok dah nak vakum bila dah biasa guna vacuum cleaner yang berkuasa tinggi. 

Supaya tidak membazir, vacuum cleaner ini saya gunakan khusus untuk vakum bilik kucing. Kalau ada pasir yang kasar saya sapu menggunakan penyapu dan penyodok terlebih dulu. 

Kemudian pasir-pasir halus yang masih berbaki saya vakum gunakan vacuum cleaner ini. Walau bagaimanpun, vacuum cleaner ini hanya boleh digunakan untuk vakum lantai yang kering sahaja.

Selepas vakum lantai, saya mop lantai menggunakan mop jenama Cosway yang dibancuh dengan 4 jug kettle air panas mendidih dan setengah penutup cecair Floor Shine yang juga jenama Cosway. 

Mop jenama Cosway ni didatangkan dengan baldi yang mempunyai paddle untuk dikayuh. Bagi tujuan memerah air dari kain mop, maka paddle ditekan berulang kali sehingga air kering. Tak perlu perah dengan tangan dan gunakan tenaga yang banyak. Hanya kayuh paddle dengan menggunakan kaki sahaja.

Selain itu, kain mop juga boleh ditukar. Saya gunakan kain mop yang berbeza untuk mop bilik kucing.

Harga mop kalau tak silap saya adalah lebih kurang enam puluh lima ringgit. Saya dah lupa harga sebenar. Walau bagaimanapun, sekarang Cosway dah keluarkan mop model lain.




Mop Jenama Cosway - Pandangan Sisi
Paddle Berwarna Hitam Boleh Dikayuh
Sumber Foto: Koleksi Peribadi




Mop Jenama Cosway - Pandangan Atas
Sumber Foto: Koleksi Peribadi




Pengilat Lantai Floor Shine Jenama Cosway
Sumber Foto: Google

Timbul persoalan kenapa saya guna air panas? Saya rasa lebih confident mop lantai gunakan air panas kerana saya bela kucing dalam rumah. Selain itu, dengan air panas, lantai akan lebih berkilat dan jernih. Pada masa akan datang saya nak cuba pula tambahkan cecair Dettol dalam bancuhan air mop lantai bagi tujuan untuk mematikan kuman.



Cecair Dettol
Sumber Foto: Google


Bagi tujuan menjaga kebersihan, vet menyarankan agar najis kucing dikaup/dibuang sebanyak dua kali sehari, iaitu pagi dan petang. Jika tak dapat dikaup/dibuang dua kali sehari, rasanya sekali seharipun masih okey. Part ini saya kena tanya semula dengan vet. Huhu.

Dalam hal ini, saya pastikan setiap kali mengaup/membuang najis kucing, saya dan keluarga memakai latex glove dan face mask. Setelah selesai kerja pembersihan, saya dan keluarga akan basuh tangan menggunakan sabun tangan Dettol.

Selain itu, setiap kali sebelum makan, kami akan basuh tangan menggunakan sabun tangan Dettol. Selepas mengusap kucing, kami juga akan basuh tangan menggunakan sabun Dettol.



Latex Glove Boleh Dibeli Di Kedai Farmasi
Sumber Foto: Google


Face Mask Boleh Dibeli Di Kedai Farmasi Atau Di Mydin Mall
Sumber Foto: Google



Sabun Tangan Dettol Boleh Dibeli Di Kedai Farmasi Atau Di Pasaraya
Sumber Foto: Google


Selain itu, bekas yang digunakan untuk meletakkan pasir kucing juga perlu dibersihkan secara berkala. Tengoklah kalau bekas dah kotor bolehlah basuh. Vet menyarankan agar basuh dengan air bersih dahulu untuk buang kotoran yang melekat. Kemudian basuh atau bilas dengan air yang dicampur dengan Clorox.

Saya bertanya kepada vet, "kenapa tak gunakan Dettol sahaja, bukankah Dettol juga boleh bertindak untuk mematikan kuman?". Vet menjawab, Clorox lebih berupaya dan berkesan untuk mematikan kuman. Terutamanya kucing-kucing yang telah dijangkiti penyakit FDL (leukimia), Sphoro dan lain-lain". Oh gitu..

Kemudian timbul persoalan kenapa tak mop lantai guna Clorox je? Tak boleh ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang, nanti permukaan tiles akan rosak, pudar dan terhakis sehingga menyebabkan lebih banyak kotoran  melekat. Tetapi pastikan pakai latex glove yang lebih tebal kalau nak basuh bekas pasir menggunakan Clorox.



Clorox Boleh Dibeli Di Kedai Runcit Atau Pasaraya
Sumber Foto: Google



Latex Glove Tebal Boleh Dibeli Di Kedai Hardware
Sumber Foto: Google


Kesimpulannya, jika setiap keluarga yang ingin membela kucing dalam rumah membuat langkah penjagaan kebersihan seperti ini, saya yakin masalah allergic kucing dapat diatasi atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.

Bagi pesakit asma dan sinusitis walaupun tidak bela kucing dalam rumah langkah penjagaan dan kebersihan seperti ini amat perlu dititikberatkan.


Sila klik di sini bagi membaca entry yang bertajuk "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part I)" dan sila klik di sini "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part III)"


Nota:
*Penerangan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan keluarga. Setiap orang mungkin ada cara yang berbeza untuk menjaga kebersihan.

No comments:

Post a Comment