Thursday 16 June 2016

Makanan Kucing - Makanan Kering / Pellets / Dryfood

Masih ramai orang di luar sana yang baru membela kucing tercari-cari apakah makanan yang sesuai untuk diberi kepada kucing. Makanan yang mudah dan berkhasiat adalah makanan kering / pellets / dryfood.

Dalam entry ini saya ingin berkongsi pengalaman saya memberi makanan tersebut kepada anak-anak kucing yang saya adopt selepas peristiwa banjir pada penghujung tahun 2014.

Pada peringkat awal saya memberi makanan biasa yang berwarna-warni untuk anak-anak kucing tersebut. Harga sekilogram adalah RM7.40. Makanan ini tiada jenama dan merupakan makanan komersial. Saya tidak tahu pun bahawa ada kategori makanan kucing yang komersial dan premium.

Biasanya doktor tidak menyarankannya kerana boleh mengakibatkan kucing menghidap penyakit batu karang dan buah pinggang. Ini adalah kerana kandungan kandungan garam yang agak tinggi dalam makanan tersebut.

Selain itu, makanan kering yang berwarna-warni tersebut adalah direka untuk kucing dewasa. Tetapi oleh kerana kecetekan ilmu tentang makanan kucing dan kerana kucing tersebut abandon serta kelaparan, maka mereka makan sahaja. Huhu

Saya tidak tahupun bahawa ada makanan kering yang baik dan direka khusus untuk anak-anak kucing. Huhu. Pada mulanya, sangkakan makanan mahal itu untuk kemewahan semata-mata dan kepuasan diri pemilik kucing yang membela kucing-kucing mahal. Contohnya, jenama Royal Canin adalah makanan kering yang direka khusus untuk anak-anak kucing. Harga RM26.00 sekilogram, Saya sempat membeli makanan kering jenama Royal Canin. Walau bagaimanapun anak-anak kucing saya tidak menggemarinya.

Selepas disarankan oleh pemilik petshop, saya memberikan anak-anak kucing saya makanan berjenama Goodie. Jenama ini merupakan makanan premium, bukan makanan komersial. Sama seperti Royal Canin yang merupakan makanan premium. Pada peringkat awal harga sekilogram makanan kering Goodie adalah RM11.00. Selepas itu harga menjadi RM13.40 sekilogram (selepas GST diperkenalkan).

Apa yang menariknya, pemilik petshop menyarankan supaya saya mencampurkan makanan Royal Canin dan Goodie bersama-sama. Saya juga disarankan agar membuat pemantauan sama ada anak-anak kucing tersebut suka atau tidak makanan tersebut. Selain itu, adakah anak-anak kucing tersebut mengalami masalah seperti diarrhea dan muntah selepas memakan makanan kering yang bercampur.

Syukur, Alhamdulillah makan yang dicampur dengan nisbah 1: 2, iaitu satu kilogram Royal Canin dan 2 kilogram Goodie menjadi kesukaan anak-anak kucing tersebut. Setelah mereka mencecah umur setahun, sya hanya memberi makanan Goodie sahaja kerana memerhatikan kucing-kucing tersebut meninggalkan baki Royal Canin begitu sahaja. Tak sangka kucing pun pandai memilih makanan walaupun makanan tersebut bercampur.

Rupa-rupanya, tanpa saya sedari, dengan memberi makanan bercampur Royal Canin dan Goodie, dan selepas itu itu Goodie semata-mata memberi kesan yang baik untuk kesihatan kucing-kucing saya. Ini dapat diperhatikan daripada pertumbuhan bulu yang baik, lebat dan bulu yang berkilat.

Saya sendiri tidak menyedarinya. Setelah ditanya oleh vet makanan apa yang saya beri sehinggakan kucing-kucing saya mempunyai bulu yang lebat, cantik dan berkilat, baharulah saya menyedari akan kebaikan makanan kering jenama Goodie.

Setelah kucing-kucing tersebut berusia setahun setengah saya menyedari bahawa kucing-kucing saya kurang berselera makan makanan kering jenama Goodie, maka saya meminta pandangan daripada pemilik petshop makanan mana yang patut diberi. Akhirnya saya membeli makanan kering jenama Greens. Harga RM15.00 sekilogram. Ternyata kucing-kucing saya menggemarinya sehingga kini.