Sebenarnya tidak susahpun untuk menyediakan wet food kepada kucing. Saya hanya menyediakan menu yang simple, sama ada ayam atau ikan yang direbus atau grill menggunakan microwave.
Saya tidak meletakkan sebarang garam atau asam keping kepada ayam atau ikan kerana tidak baik untuk kesihatan kucing. Garam boleh menyebabkan kucing mendapat penyakit batu karang. Manakala asam keping pula boleh menyebabkan kucing mengalami diarrhea (cirit-birit) dan kehilangan air dalam badan. Jika tidak segera dirawat diarrhea boleh menjadi punca kepada kematian kucing.

Betapa mudahnya hendak menyediakan ayam atau ikan kepada kucing. Tidak perlu blend dan tidak perlu dimasak dengan jeli. Tetapi jika ada orang yang hendak berbuat demikian boleh juga. Bagi saya yang sibuk memadailah dengan cara penyediaan yang mudah tetapi berkhasiat untuk kucing.
Sebagai contohnya, untuk menyediakan ayam rebus, seekor ayam dipotong lapan. Ayam yang dipotong tidak perlu direbus sekaligus. Saya hanya merebus beberapa bahagian ayam yang dikehendaki. Masa merebus ayam lebih kurang 10 minit sahaja. Kemudiaan padamkan api. Seterusnya, biarkan ayam tersebut masak dengan haba yang panas. Pastikan periuk ditutup untuk mengekalkan haba panas.
Kemudian saya menunggu sehingga ayam sejuk supaya mudah dicarik-carik dan supaya kucing mudah makan. Ini adalah kerana kucing tidak suka makanan yang panas.
Saya hanya mencarikkan bahagian ayam yang dikehendaki. Bahagian ayam yang belum hendak diberikan kepada kucing tidak perlu dicarik lagi. Bahagian ayam tersebut saya simpan dalam fridge dan dipanaskan semula apabila dikehendaki.
Seterusnya, air rebusan ayam yang lebih saya tidak dibuang. Air rebusan ayam ini kelihatan seperti kuah sup. Anak-anak kucing saya memang suka air rebusan ayam sehingga licin pinggan dijilatnya.
Ikan Rebus
Bagi menyediakan ikan rebus sama sahaja kaedahnya. Walau bagaimanapun, masa untuk merebus ikan saya kurangkan kepada tujuh minit sahaja. Sebelum memberikan ikan rebus kepada anak-anak kucing, pastikan tulang belakang dan kepala ikan dibuang terlebih dahulu.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, didapati bahawa kucing yang diberi makan ayam rebus cepat naik berat badannya berbanding dengan ikan rebus. Kalau takut kucing anda obes, jangan terlalu kerap memberikan ayam rebus kepada kucing. Memadailah jika diselang seli dengan ikan rebus atau grill.
Kesimpulannya, waktu untuk makan wet food memang dinanti-nantikan oleh anak-anak kucing saya. Kebiasaannya, saya berikan anak-anak kucing makan sekali atau dua kali sehari wet food. Walau bagaimanapun, bergantung kepada permintaan kucing. Ini adalah kerana saya tidak sampai hati menghampakan permintaan kucing yang meminta extra ayam atau ikan rebus. Huhu.

Ikan dan Ayam Grill
Seterusnya, bagi menyediakan ayam grill dan ikan grill menggunakan microwave adalah bergantung kepada jenama dan fungsi microwave itu sendiri. Microwave yang ada di rumah saya adalah jenama Sharp yang mempunyai gabungan fungsi microwave dan grill. Masa yang diperlukan untuk menyediakan ikan grill adalah selama lima minit setengah. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti tentang masa yang diperlukan bagi tujuan grill ayam untuk diberikan kepada kucing. Ini adalah kerana saya belum pernah melakukannya lagi. Huhu.
As salam...
ReplyDeleteBoleh ke ikan atau AYAM rebus itu digaul dgn nasi
jgn bagi kucing mkn nasi
DeleteKalau ayam dibarengin ikan, bahaya gak?
ReplyDeleteThank you for sharing some information.
ReplyDeletePatut la kucing Sya cirit birit,rupanya tak BLE BGI asam keping rebus Gan ayam, dengar orang ckp X mau BGI kucing cacing BGI asam keping 😅
ReplyDelete