Makanan kucing dalam habitat semulajadinya
Sumber Foto: Google
Makanan kucing dalam habitat semulajadinya
Sumber Foto: Google
Gambar di atas menunjukkan kucing dalam habitat semulajadinya memburu makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Antara sumber makanan berdasarkan gambar tersebut adalah burung merpati dan ikan.
Walau bagaimanapun, dalam entry ini saya ingin berkongsi tentang wet food yang saya pernah berikan kepada anak-anak kucing saya yang dibela secara indoor.
Antaranya, adalah jenama ProDiet yang dijual dalam paket-paket kecil. Wet food jenama ProDiet boleh didapati di pasaraya dan pet shop. Anak-anak kucing saya paling suka perisa seafood dan mackarel.
Harganya ialah RM1.30 dan berat 85 gram. Walau bagaimanapun, wet food ini bukan makanan premium untuk kucing. Wet food ini adalah makanan komersial.
Wet food ini mengandungi sumber protein. Selain itu, wet food ini turut mengandungi jeli yang dapat membekalkan sumber karbohidrat kepada kucing.
ProDiet
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
Walau bagaimanapun, setelah membaca review di internet, saya baru mengetahui bahawa makanan yang baik untuk kucing adalah makanan premium. Oleh itu, saya cuba beralih kepada jenama lain pula yang merupakan makanan premium kepada kucing.
Jenama tersebut ialah Special Cat yang dijual dengan harga RM2.44 dengan berat 95 gram. Jenama ini hanya boleh didapati di pet shop.
Jenama tersebut ialah Special Cat yang dijual dengan harga RM2.44 dengan berat 95 gram. Jenama ini hanya boleh didapati di pet shop.
Namun, ketika saya bercuti panjang selama tiga minggu, saya cuba untuk memberikan anak-anak kucing makan ayam rebus. Anak-anak kucing saya memang menggemarinya.
Setiap hari saya berikan anak-anak kucing ayam rebus. Ini menyebabkan berat badan anak-anak kucing tersebut bertambah. Hal ini telah ditegur oleh vet dan meminta saya mengurangkan kuantiti makanan yang diberikan kepada anak-anak kucing. Jika berterusan, anak-anak kucing akan obes.

Ayam rebus yang dicarik
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
Selepas tiga minggu berturut-turut diberi makan ayam rebus, anak-anak kucing saya mulai jemu.
Oleh itu, saya belikan pula ikan kembung di pasar. Ikan-ikan tersebut direbus. Tidak disangka-sangka bahawa anak-anak kucing menggemarinya melebihi ayam rebus. Akibatnya, apabila diberikan semula ayam rebus anak-anak kucing hanya menguis dan meninggalkannya.

Ikan kembung
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
Maka bermulalah era saya menjadi pembeli setia ikan kembung di pasar pada setiap minggu. Leceh juga!
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari saya tidak dapat membeli ikan kembung kerana stok ikan di pasar pada ketika itu tidak segar.
Jadi saya berikan semula anak-anak kucing makan wet food jenama Special Cat. Namun, anak-anak kucing hanya menguis dan akhirnya berlalu meninggalkan wet food tersebut. Alahai memilihnya anak-anak kucing ni.
Semenjak itu, saya sentiasa akan memastikan bahawa saya membeli ikan kembung sama ada di pasar atau di pasaraya.
Bagi memastikan ikan kembung tahan lama, saya cuba untuk grill ikan tersebut. Masa untuk grill ialah lima minit setengah. Senang sangat-sangat. Ikan lambat basi berbanding dengan ikan rebus. Mungkin kerana ikan yang di grill kering dan tidak berkuah.

Kemudian, berlaku lagi kes iaitu stok ikan kembung di pasar didapati kurang segar, jadi saya cuba beli ikan tamban. Memang banyak tulang.
Tetapi sebelum direbus, saya kelar serong rapat-rapat sehinggakan semua tulangnya putus menjadi bahagian yang kecil-kecil. Anak-anak kucing sukakannya. Mereka tidak tercekikpun. Meow-meow mereka minta tambah lagi ikan. Huhu.

Ikan tamban
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
Dalam pada itu, saya masih tidak berputus asa mencari wet food dalam tin untuk diberikan kepada anak-anak kucing. Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku emergency yang menyebabkan saya tidak sempat pergi ke pasar atau tidak sempat hendak grill ikan.
Akhirnya, saya menemui jenama Fussie Cat. Alhamdullillah anak-anak kucing sukakannya. Saya beli di pet shop. Harganya ialah RM3.80 dan berat 80 gram. Selain ikan kembung grill, inilah wet food yang menjadi kesukaan anak-anak kucing saya sekarang.
Sumber Foto: Koleksi Peribadi
Walau bagaimanapun, selepas cuti hari raya Aidil Fitri pada tahun 2015, bekalan makanan Fussie Cat terputus. Jadi pemilik pet shop mencadangkan jenama lain kepada kucing saya. Jenama tersebut adalah Mongue Natural. Harganya adalah RM3.90. Syukur, kucing-kucing saya sangat menggemarinya. Sehingga kini, untuk wet food, saya berikan ikan kembung segar, Fussie Cat dan Mongue Natural kepada kucing-kucing kesayangan saya. Ketiga-tiga jenis wet food ini diberikan secara berselang seli.
Mongue Natural
Sumber Foto: Google
No comments:
Post a Comment