Tempat tinggal saya adalah kawasan kampung. Di sini banyak kucing-kucing kampung terbiar. Hidup segan mati tak mahu. Kesian sangat.
Ada seekor kucing tu sekejap-sekejap luka dan sekejap-sekejap sembuh. Ada masanya luka lama belum sembuh, luka baru pula yang muncul.
Setompok-setompok bulunya tecabut sehingga mendedahkan kulit bahagian bawahnya. Menakutkan dan mengerikan sekali apabila melihat kulit bawahnya kemerah-merahan.
Walaupun saya hanya memandangnya sahaja, saya seolah-olah dapat merasakan kesakitannya. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Syukur, buat masa ini saya perhatikan lukanya agak kering. Saya berharap pada masa akan datang, kucing ini tidak akan mengalami luka lagi.

Saya tidak pasti bagaimana keadaan tersebut berlaku. Adakah kerana bergaduh dengan kucing liar yang lain atau dikejar musang atau anjing. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Saya ingin menghulurkan bantuan kepadanya tetapi apakan daya saya. Apabila nampak sahaja saya di halaman rumah, kucing yang saya namakan sebagai Abby ini terus cabut lari. Jika hendak melihatnya, adalah dari sebalik langsir secara curi-curi.
Setiap hari Abby datang makan dry food di kawasan rumah. Oleh itu, saya cuba mengambil peluang mendekatinya untuk menyapu ubat luka atau iodin yang saya perolehi dari kilinik swasta. Namun, kucing kampung yang terbiar melarat begini tidak akan membenarkan dirinya didekati.
Saya pernah terfikir untuk menangkap Abby menggunakan jaring untuk dihantar ke klinik swasta bagi mendapatkan rawatan, vaksin serta grooming. Namun, kucing ini takut dengan manusia dan haiwan lain yang difikirkan akan membahayakannya.
Walaupun Abby comot tetapi saya tahu ia adalah kucing yang cantik. Bulu berwarna krim bercampur warna perang.
Kelebihan yang ada pada Abby dan kucing kampung terbiar lain yang datang mencari dry food di sini adalah sikap disiplin. Kucing-kucing ini tidak akan membuang najis merata-merata. Tidak kiralah sama ada di rumah jiran-jiran ataupun di rumah saya tidak terdapat najis kucing-kucing ini.
Kucing yang membuang najis di kawasan rumah
Sumber Foto: Google
Saya sendiri telah beberapa kali terpandang kucing-kucing ini yang sedang enak menikmati dry food secara tergesa-gesa meninggalkan kawasan rumah menuju ke dalam semak di hadapan rumah. Apabila saya perhatikan rupa-rupanya kucing-kucing ini pergi membuang najis dalam semak. Selepas itu, kucing-kucing ini datang semula ke kawasan rumah bagi menyambung menikmati dry food dan air yang sentiasa tersedia di kawasan rumah.
No comments:
Post a Comment