Saturday, 8 August 2015

Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis (Part III)



Pesakit Asma
Sumber Foto: Google



Pesakit Sinusitis
Sumber Foto: Google

Dalam entry ini saya akan menerangkan bagaimana caranya kalau orang yang ingin memelihara kucing tetapi mengidap penyakit asma, sinusitis dan allergic kepada kucing. Penerangan jni adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan keluarga.

Walau bagaimanapun secara peribadinya saya tidak menggalakkan orang yang mengidap penyakit ini mengambil risiko memelihara kucing. Jika tiada keperluan, lebik baik JANGAN.

Kes saya adalah berbeza, saya bela tiga ekor kucing siam adalah untuk menyelamatkan nyawanya. Oleh itu, saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan kesukaran yang bakal dihadapi.



Gambar Hiasan - Kucing Siam
Sumber: Google

Ini adalah kerana saya tidak sampai hati melihat anak-anak kucing siam tersebut menderita sedikit demi sedikit di hadapan mata saya dan seterusnya menemui ajal dalam keadaan yang amat daif.

Kucing siam tersebut dibuang orang di sekitar kawasan rumah kami selepas banjir. Akhirnya, kucing tersebut diserang penyakit FDL (leukimia) kerana dijangkiti kuman daripada kucing-kucing liar. Dua ekor selamat dan seekor mati dalam wad di klinik swasta walaupun telah diberikan drip.

Menurut vet kucing ini berumur sebulan ketika dibuang. Ini menyebabkan anak-anak kucing siam yang masih baby ketika itu tidak mendapat cukup susu ibu sehinggakan sistem imunisasinya lemah tidak dapat melawan penyakit. Tambahan lagi baka kucing siam tidak kuat dan lasak seperti kucing liar domestik (kucing kampung).



Bayi kucing siam sedang menyusu
Tak baik buang kucing yang masih bayi dan menyusu
Sumber Foto: Google



Sussy - Satu daripada anak kucing siam yang dapat diselamatkan
Gambar selepas beberapa bulan dibuang orang
Bulu di kaki masih belum tumbuh kerana vet cukur untuk masukkan drip
Sumber Foto: Koleksi Peribadi

Timbul persoalan kenapa saya tak bela sahaja anak-anak kucing siam tersebut di luar rumah? Saya tidak boleh bela anak-anak kucing siam tersebut di luar rumah kerana kawasan persekitaran rumah saya masih ada tanah yang belum dibangunkan dan ditumbuhi hutan belukar. Tempat ini menjadi habitat reptilia dan haiwan eksotik lain.

Keadaan ini akan membahayakan kucing-kucing yang sedang menderita kesakitan ini. Lagipun vet memang menasihatkan agar saya bawa masuk kucing-kucing ini dalam rumah setelah mengetahui bahawa kawasan sekitar rumah saya adalah habitat reptilia yang berbahaya iaitu cobra.

Berbalik kepada cerita saya yang asal, kita tahu bahawa pesakit asma dan sinusitis tidak sepatutnya memelihara kucing dalam rumah. Ini adalah kerana pesakit sinusitis mudah jatuh sakit seperti demam, sakit tekak, selsema, batuk dan sakit kepala. Manakala pesakit asma pula mudah lelah, radang salur pernafasan dan batuk.

Justeru itu, adalah penting bagi saya dan keluarga memastikan agar kesihatan kami berada pada tahap yang optimum.

Oleh itu, saya memastikan kami mendapat cukup vitamin C dengan cara memakan buah-buahan. Vitamin C dapat meningkatkan sistem imunisasi  dan membantu melawan penyakit seperti demam, sakit tekak, selsema, batuk dan radang salur pernafasan.

Dalam hal ini, saya dan keluarga makan banyak buah-buahan. Ini adalah kerana hampir semua buah-buahan kaya dengan vitamin C. Sebagai contohnya, buah kiwi kaya dengan vitamin C dan baik untuk mengurangkan masalah sesak nafas, hidung tersumbat dan batuk. Buah aprikot dan epal juga baik untuk pesakit asma dan sinusitis.



Buah-buahan
Sumber Foto: Google


Selain itu, memakan sayur-sayuran dan ulam-ulaman juga penting untuk memperoleh kesihatan yang baik. Sebagai contohnya, brokoli bersifat antioksida dan dapat mengelakkan radang saluran pernafasan pesakit asma. Demikian juga dengan sayur kobis dan asparagus.



Sayur-sayuran
Sumber Foto: Google

Selain daripada sayur-sayuran, memakan ulam-ulaman juga penting untuk kesihatan. Sebagai contohnya, ulam pegaga telah diketahui oleh rakyat Malaysia dapat mengurangkan gejala tekanan darah tinggi.

Ulam pegaga juga dapat menyembuhkan demam. Untuk maklumat lanjut tentang khasiat ulam pegaga sila klik di sini (Khasiat Herba Untuk Kesihatan). 




Ulam-ulaman
Sumber Foto: Google


Selain itu, pengambilan sumber protein yang terdiri daripada ikan, ayam dan daging merah juga penting untuk mengekalkan kesihatan. Protein penting untuk pertumbuhan tulang, otot dan melindungi badan dengan menghasilkan antibodi bagi menguatkan sistem imunasasi.



Ayam, Daging dan Ikan (Protein Haiwan)
Sumber Foto: Google


Selain daripada haiwan protein, protein juga boleh diperolehi daripada tumbuhan seperti bijirin dan kekacang.

Kekacang dan Bijirin (Protein Tumbuhan)
Sumber Foto: Google

Sila klik di sini (Open Minda) untuk maklumat lanjut tentang kepentingan protein kepada badan kita.

Walau bagaimanapun, makanan laut seperti udang, sotong dan kerang-kerangan perlu dielakkan. Jika teringin sangat nak makan, pastikan udang dan sotong dalam keadaan segar. Jika pulang dari pasar kena terus masak jangan simpan dalam freezer.



Makanan Laut
Sumber Foto: Google

Selain itu, bagi mendapatkan sumber karbohidrat kami makan nasi beras perang jenama Jasmin. Beras ini memang sesuai untuk orang yang ingin berdiet. Beras perang ini sesuai untuk pesakit kencing manis kerana kandungan karbohidrat yang rendah dan kandungan seratnya tinggi.

Bagaimana rasa nasi beras perang? Not bad. Bagi saya dan keluarga yang sudah biasa makan, kami menyukainya. Kelebihannya, makan sedikitpun cepat rasa kenyang berbanding dengan nasi putih. 



Beras Perang Jasmine Pek 5 kg
Sumber: Google

Selain itu, saya dan keluarga mengambil suplemen jenama Shaklee. Suplemen tersebut terdiri daripada Vita-C, B-Complex dan Alfalfa. Set ini khusus untuk merawat orang yang mengidap penyakit sinusitis. Penyakit asma pun boleh juga. Sila klik di sini (Shaklee Independent Distributor) untuk maklumat lanjut tentang set resdung.



Alfalfa, Vita-C dan B-Complex
Sumber: Foto Koleksi Peribadi


Selepas mengambil ketiga-tiga suplemen tersebut, memang nampak perbezaan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Pada peringkat permulaan, iaitu pada hari ketiga pengambilannya, kami sudah tidak mengalami hidung tersumbat, snoring (tidur berdengkur), sakit tekak, asma dan bersin. 

Sekarang, setelah konsisten mengambilnya kami jarang diserang demam. Jikalau terasa demam dan sakit tekak pada sebelah pagi, pada waktu tengahari rasa demam dan sakit tekat itu hilang begitu sahaja.

Oleh kerana kami mengambil suplemen, kami perlu minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kami masukkan air kosong dalam botol air 2 liter. Bila habis kami akan tambah lagi.

Air kosong yang kami minum adalah ditapis dengan penapis air Coway. Mendapat bekalan air yang bersih juga penting untuk memperoleh kesihatan yang baik. Sila klik di sini (Coway Malaysia) untuk maklumat lanjut.

Penapis Air Coway
Model: Petit
Sumber: Google

Segala penerangan yang saya berikan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya dan keluarga. Setiap keluarga pasti ada cara tersendiri untuk mengekalkan tahap kesihatan optimum.

Kesimpulannya, dengan segala langkah yang diambil, saya dan keluarga masih boleh memelihara kucing dalam rumah walaupun mengidap penyakit asma dan chronic sinusitis (sinusitis kronik).

Walau bagaimanapun, jika mengidap penyakit asma dan sinusitis anda perlu meminta pandangan doktor atau vet terlebih dahulu sebelum memelihara kucing dalam rumah.


Sila klik di sini bagi membaca entry yang bertajuk "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part I)" dan sila klik di sini "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part II)"


Nota:
*Penerangan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan tidak  semestinya sama bagi setiap pengguna.

No comments:

Post a Comment