Thursday 6 August 2015

Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis (Part I)



Pesakit Asma
Sumber Foto: Google



Pesakit Sinusitis (macam resdung)
Sumber Foto: Google


Saya rasa ada ramai orang di luar sana yang berminat membela kucing. Tetapi allergic dengan kucing. Terutama pesakit asma dan sinusitis (macam sakit resdung) memang tidak boleh membela kucing dalam rumah.

Saya dan keluarga juga menghadapi masalah yang sama. Tetapi disebabkan keinginan untuk menyelamatkan anak-anak kucing-kucing siam yang dibuang orang, saya cuba mencari penyelesaiannya.

Bagi mengatasi masalah tersebut saya menggunakan air purifier (penapis udara). Saya menggunakan jenama Coway. Kenapa saya pilih jenama Coway?



Air Purifier (Penapis Udara) Coway
Model: Lombok II
Sumber Foto: Koleksi Peribadi

Bagi saya jenama ini menyediakan servis yang terbaik.  Pertimbangan ini dibuat berdasarkan pengalaman menggunakan water filter (penapis air) Coway semenjak dua tahun lepas (pada tahun 2013).

Ada banyak air purifier yang terdapat di pasaran. Pergi sahaja ke kedai elektrik ada bermacam-macam jenama sama ada yang murah atau mahal. Tepuk kocek tanyalah hati nak beli yang murah atau mahal. Huhu.

Tetapi semua air purifier tersebut pengguna perlu servis atau cuci sendiri. Jadi apa maknanya beli air purifier tetapi perlu bergelumang dengan habuk dan debu ketika mencuci? Sedangkan orang yang allergic dengan debu seperi pesakit asma dan sinusitis perlu mengelakkan debu dan habuk.

Air purifier Coway ini menyediakan khidmat servis setiap dua bulan sekali. Alat-alat penapis yang terdiri daripada enam lapisan akan dicuci dan diganti percuma secara berkala.Mudahkan? 

Sekali dah beli air purifier tak payah nak fikir servis dan tukar alat-alat ganti. Semuanya percuma dalam tempoh lima tahun. Bayangkan kalau ada aircond yang sediakan perkhidmatan seperti itu. Tentu saya orang yang pertama beli aircond jenama tu.

Harga sewa beli air purifier Coway adalah RM110 sebulan dan sudah merangkumi kos servis serta kos alat ganti. Selepas lima tahun air purifier tersebut akan jadi milik kita. Tetapi jika kita rasa terbeban tak mampu nak bayar sewa atau jika rasa tak berbaloi, boleh pulangkan selepas dua tahun. Itu dinamakan sewa dan bukan sewa beli. Ini bermakna pengguna boleh pulangkan semula air purifier tu kepada Coway selepas dua tahun.

Kalau nak beli tunai pun boleh tetapi kos servis dan kos alat-alat ganti hanya percuma selama setahun sahaja. Untuk itu pengguna kena renew vip member sebanyak enam ratus lebih setahun (lupa harga yang tepat) untuk dapat servis dan alat ganti percuma pada setiap tahun.

Air purifier Coway mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, air purifier ini dapat menarik habuk termasuk bulu kucing yang berterbangan di udara. Sejak mengunakannya rumah saya sudah kurang habuk dan sawang walaupun bela kucing. Berbanding dengan bilik tidur lebih banyak habuk walaupun kucing tak dibenarkan masuk. Ini adalah kerana di bilik tidur belum ada air purifier

Walau bagaimanapun, air purifier ini tidak dapat menarik habuk yang sudah jatuh ke lantai. Untuk itu, kena vakum lantai sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sekali. Memang mudah, tak perlu vakum lantai setiap dua hari sekali seperti yang disarankan oleh vet :-) Kalau dapat patuhi saranan vet lagi bagus!

Sebenarnya, semenjak ada air purifier Coway pada kebanyakan masa saya hanya vakum lantai setiap 10-14 hari sekali. Huhu. Itupun masih okey, kami tak kena asma dan sinusitis. Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang bekerja dan tak berapa rajin vakum lantai!

Selain itu, air purifier Coway dapat neutralkan udara yang beracun dan nyahkan bau. Bau masakan pun akan dineutralkan. Kalau ada tetamu yang buang angin (kentut) indikator air purifier akan bertukar kepada warna merah untuk 'bekerja' nyahkan bau dan neutralkan 'racun'. Huhu. Air purifier ini juga boleh neutralkan kuman H1N1. Apabila udara telah kembali normal indikator bertukar kepada warna biru.

Ada banyak lagi kelebihan air purifier Coway. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila klik di sini (Coway Malaysia).

Sila klik di sini bagi membaca entry yang bertajuk "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part II)" dan sila klik di sini "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part III)"


Nota:
*Penerangan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan tidak  semestinya sama bagi setiap pengguna.

No comments:

Post a Comment