Wednesday, 12 August 2015

Kucing Minum Ais Kosong



Kucing minum ais kosong
Sumber Foto: Google


Minuman kucing yang ditambah dengan beberapa ketul kiub ais
Sumber Foto: Google

Dalam entry ini saya ingin berkongsi pengalaman tentang kucing saya yang suka minum ais kosong. Macam tak percaya bila tengok ketiga-tiga ekor kucing saya suka minum ais kosong.

Bila letak ais kosong dalam bekas minuman kucing, cepat dan laju je kucing-kucing tu minum. Nampak seperti kucing-kucing tu sedang menikmatinya dengan lazat.

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat berkongsi gambar kucing-kucing saya sedang minum ais kosong atau aksi lain. Ini adalah kerana kucing-kucing saya tak suka pada cahaya dan bunyi kamera.

Berbalik semula kepada cerita kucing-kucing saya yang suka minum ais kosong. Saya berikan kucing-kucing saya tu minum ais kosong yang diperolehi daripada sumber air yang yang ditapis menggunakan water filter (penapis air) Coway.

Kebetulannya, saya dan keluarga memang minum air bersih yang ditapis dengan water filter Coway. Jadi apa salahnya jika kucing-kucing saya tu turut diberikan air bersih juga.

Idea memberikan ais kosong datang secara tidak sengaja. Pada suatu hari, saya telah kosongkan tangki water filter Coway. Air panas dan air suam sudah habis saya gunakan. Air yang ada pada ketika itu hanyalah ais kosong.

Kebetulannya bekas minuman kucing juga telah kehabisan air. Jadi saya mencuba memberikan ais kosong kepada kucing-kucing tu. Mana tau rupa-rupanya kucing-kucing tu sukakannya!

Sumber ais kosong tersebut saya perolehi daripada water filter Coway model Petit. Model Petit ini berfungsi untuk menapis dan mengeluarkan air reverse osmosis yang terdiri daripada 3 jenis suhu, iatu air panas, air suam dan ais kosong.

Ais kosongnya boleh mencapai sehingga suhu 4 darjah celsius. Memang benar-benar sejuk. Ketika  standby mode suhu ais kosong adalah 9 darjah celsius.

Sila klik di sini (Coway Malaysia) untuk mengetahui lebih lanjut tentang water filter Coway.

 
Water filter Coway (Model Petit)
Sumber Foto: Google


Kesimpulannya, dalam cuaca panas di Malaysia adalah penting bagi kucing mendapat cukup bekalan air dan air tersebut mestilah bersih. Tanpa bekalan air bersih yang mencukupi kucing akan mengalami hidrasi. Keadaan ini boleh menjadi satu daripada punca kematian kucing.

Dalam hal ini, ais kosong dapat menggalakkan kucing-kucing saya minum lebih banyak air.

Sehubungan itu, (i) memberi kucing minum ais/air kosong, (ii) membenarkan kucing bermain-main dengan kiub ais, dan (iii) meletakkan kiub ais pada badan kucing, dapat membantu mengurangkan masalah strok haba yang dialami oleh kucing ketika cuaca panas.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk mengatasi strok haba yang dialami oleh kucing, sila klik di sini (Dear Cuddly Cats Blog).

Jika ingin menonton youtube kucing bermain dengan kiub ais, sila klik di sini (Cat's first time playing with an ice cube).


Sambil bermain-bermain dengan kiub ais kucing berpeluang minum ais
Sumber Foto: Google



Kiub ais dilletakkan di atas kepala dan belakang kucing
Sumber Foto: Google

Di bawah ini adalah gambar pelbagai aksi kucing yang sedang minum air. Jom layan gambar-gambar tersebut.


Eh, eh, kucing minum air tuannya? Jangan-jangan lepas ni tuannya pula sambung minum!
Sumber Foto: Google



Kucing outdoor minum air yang disediakan dalam bekas di luar rumah
Sumber Foto: Google



Kucing minum air terus daripada paip
Sumber Foto: Google



Eh, eh, betul ke minum air tu? Atau action je? Huhu
Sumber Foto: Google



Kecil sangatlah gelas ni.  Dahlah air sikit! Susah nak minum. Kena jelirkan lidah!
Sumber Foto: Google



Eee..kucing minum air tandas! Wek..wek..wek
Sumber Foto: Google


Wah! Nyamannya. Kucing minum air sampai basah kuyup kepala!
Sumber Foto: Google


Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)? 
Bagaimanakah cara nak minum air daripada water dispenser yang tinggi?
Jawapan: Tiru macam saya!
Sumber Foto: Google



Ewah! Ewah! Kucing yang dimanja tuannya, minum air daripada bekas minuman khas!
Sumber Foto: Google


Cuaca panas ni, minum air pun sodap! Dalam baldi pun dalam baldi lah! Tapi air panaslah!
Sumber Foto: Google



Kucing outdoor minum air paya bertakung
Atau mungkin kucing liar? Ye ke kucing liar? Amboi, cantiknya kucing liar!
Sumber Foto: Google



Hati-hati minum air tu! Nanti terjatuh pula!
Sumber Foto: Google

Saturday, 8 August 2015

Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis (Part III)



Pesakit Asma
Sumber Foto: Google



Pesakit Sinusitis
Sumber Foto: Google

Dalam entry ini saya akan menerangkan bagaimana caranya kalau orang yang ingin memelihara kucing tetapi mengidap penyakit asma, sinusitis dan allergic kepada kucing. Penerangan jni adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan keluarga.

Walau bagaimanapun secara peribadinya saya tidak menggalakkan orang yang mengidap penyakit ini mengambil risiko memelihara kucing. Jika tiada keperluan, lebik baik JANGAN.

Kes saya adalah berbeza, saya bela tiga ekor kucing siam adalah untuk menyelamatkan nyawanya. Oleh itu, saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan kesukaran yang bakal dihadapi.



Gambar Hiasan - Kucing Siam
Sumber: Google

Ini adalah kerana saya tidak sampai hati melihat anak-anak kucing siam tersebut menderita sedikit demi sedikit di hadapan mata saya dan seterusnya menemui ajal dalam keadaan yang amat daif.

Kucing siam tersebut dibuang orang di sekitar kawasan rumah kami selepas banjir. Akhirnya, kucing tersebut diserang penyakit FDL (leukimia) kerana dijangkiti kuman daripada kucing-kucing liar. Dua ekor selamat dan seekor mati dalam wad di klinik swasta walaupun telah diberikan drip.

Menurut vet kucing ini berumur sebulan ketika dibuang. Ini menyebabkan anak-anak kucing siam yang masih baby ketika itu tidak mendapat cukup susu ibu sehinggakan sistem imunisasinya lemah tidak dapat melawan penyakit. Tambahan lagi baka kucing siam tidak kuat dan lasak seperti kucing liar domestik (kucing kampung).



Bayi kucing siam sedang menyusu
Tak baik buang kucing yang masih bayi dan menyusu
Sumber Foto: Google



Sussy - Satu daripada anak kucing siam yang dapat diselamatkan
Gambar selepas beberapa bulan dibuang orang
Bulu di kaki masih belum tumbuh kerana vet cukur untuk masukkan drip
Sumber Foto: Koleksi Peribadi

Timbul persoalan kenapa saya tak bela sahaja anak-anak kucing siam tersebut di luar rumah? Saya tidak boleh bela anak-anak kucing siam tersebut di luar rumah kerana kawasan persekitaran rumah saya masih ada tanah yang belum dibangunkan dan ditumbuhi hutan belukar. Tempat ini menjadi habitat reptilia dan haiwan eksotik lain.

Keadaan ini akan membahayakan kucing-kucing yang sedang menderita kesakitan ini. Lagipun vet memang menasihatkan agar saya bawa masuk kucing-kucing ini dalam rumah setelah mengetahui bahawa kawasan sekitar rumah saya adalah habitat reptilia yang berbahaya iaitu cobra.

Berbalik kepada cerita saya yang asal, kita tahu bahawa pesakit asma dan sinusitis tidak sepatutnya memelihara kucing dalam rumah. Ini adalah kerana pesakit sinusitis mudah jatuh sakit seperti demam, sakit tekak, selsema, batuk dan sakit kepala. Manakala pesakit asma pula mudah lelah, radang salur pernafasan dan batuk.

Justeru itu, adalah penting bagi saya dan keluarga memastikan agar kesihatan kami berada pada tahap yang optimum.

Oleh itu, saya memastikan kami mendapat cukup vitamin C dengan cara memakan buah-buahan. Vitamin C dapat meningkatkan sistem imunisasi  dan membantu melawan penyakit seperti demam, sakit tekak, selsema, batuk dan radang salur pernafasan.

Dalam hal ini, saya dan keluarga makan banyak buah-buahan. Ini adalah kerana hampir semua buah-buahan kaya dengan vitamin C. Sebagai contohnya, buah kiwi kaya dengan vitamin C dan baik untuk mengurangkan masalah sesak nafas, hidung tersumbat dan batuk. Buah aprikot dan epal juga baik untuk pesakit asma dan sinusitis.



Buah-buahan
Sumber Foto: Google


Selain itu, memakan sayur-sayuran dan ulam-ulaman juga penting untuk memperoleh kesihatan yang baik. Sebagai contohnya, brokoli bersifat antioksida dan dapat mengelakkan radang saluran pernafasan pesakit asma. Demikian juga dengan sayur kobis dan asparagus.



Sayur-sayuran
Sumber Foto: Google

Selain daripada sayur-sayuran, memakan ulam-ulaman juga penting untuk kesihatan. Sebagai contohnya, ulam pegaga telah diketahui oleh rakyat Malaysia dapat mengurangkan gejala tekanan darah tinggi.

Ulam pegaga juga dapat menyembuhkan demam. Untuk maklumat lanjut tentang khasiat ulam pegaga sila klik di sini (Khasiat Herba Untuk Kesihatan). 




Ulam-ulaman
Sumber Foto: Google


Selain itu, pengambilan sumber protein yang terdiri daripada ikan, ayam dan daging merah juga penting untuk mengekalkan kesihatan. Protein penting untuk pertumbuhan tulang, otot dan melindungi badan dengan menghasilkan antibodi bagi menguatkan sistem imunasasi.



Ayam, Daging dan Ikan (Protein Haiwan)
Sumber Foto: Google


Selain daripada haiwan protein, protein juga boleh diperolehi daripada tumbuhan seperti bijirin dan kekacang.

Kekacang dan Bijirin (Protein Tumbuhan)
Sumber Foto: Google

Sila klik di sini (Open Minda) untuk maklumat lanjut tentang kepentingan protein kepada badan kita.

Walau bagaimanapun, makanan laut seperti udang, sotong dan kerang-kerangan perlu dielakkan. Jika teringin sangat nak makan, pastikan udang dan sotong dalam keadaan segar. Jika pulang dari pasar kena terus masak jangan simpan dalam freezer.



Makanan Laut
Sumber Foto: Google

Selain itu, bagi mendapatkan sumber karbohidrat kami makan nasi beras perang jenama Jasmin. Beras ini memang sesuai untuk orang yang ingin berdiet. Beras perang ini sesuai untuk pesakit kencing manis kerana kandungan karbohidrat yang rendah dan kandungan seratnya tinggi.

Bagaimana rasa nasi beras perang? Not bad. Bagi saya dan keluarga yang sudah biasa makan, kami menyukainya. Kelebihannya, makan sedikitpun cepat rasa kenyang berbanding dengan nasi putih. 



Beras Perang Jasmine Pek 5 kg
Sumber: Google

Selain itu, saya dan keluarga mengambil suplemen jenama Shaklee. Suplemen tersebut terdiri daripada Vita-C, B-Complex dan Alfalfa. Set ini khusus untuk merawat orang yang mengidap penyakit sinusitis. Penyakit asma pun boleh juga. Sila klik di sini (Shaklee Independent Distributor) untuk maklumat lanjut tentang set resdung.



Alfalfa, Vita-C dan B-Complex
Sumber: Foto Koleksi Peribadi


Selepas mengambil ketiga-tiga suplemen tersebut, memang nampak perbezaan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Pada peringkat permulaan, iaitu pada hari ketiga pengambilannya, kami sudah tidak mengalami hidung tersumbat, snoring (tidur berdengkur), sakit tekak, asma dan bersin. 

Sekarang, setelah konsisten mengambilnya kami jarang diserang demam. Jikalau terasa demam dan sakit tekak pada sebelah pagi, pada waktu tengahari rasa demam dan sakit tekat itu hilang begitu sahaja.

Oleh kerana kami mengambil suplemen, kami perlu minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kami masukkan air kosong dalam botol air 2 liter. Bila habis kami akan tambah lagi.

Air kosong yang kami minum adalah ditapis dengan penapis air Coway. Mendapat bekalan air yang bersih juga penting untuk memperoleh kesihatan yang baik. Sila klik di sini (Coway Malaysia) untuk maklumat lanjut.

Penapis Air Coway
Model: Petit
Sumber: Google

Segala penerangan yang saya berikan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya dan keluarga. Setiap keluarga pasti ada cara tersendiri untuk mengekalkan tahap kesihatan optimum.

Kesimpulannya, dengan segala langkah yang diambil, saya dan keluarga masih boleh memelihara kucing dalam rumah walaupun mengidap penyakit asma dan chronic sinusitis (sinusitis kronik).

Walau bagaimanapun, jika mengidap penyakit asma dan sinusitis anda perlu meminta pandangan doktor atau vet terlebih dahulu sebelum memelihara kucing dalam rumah.


Sila klik di sini bagi membaca entry yang bertajuk "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part I)" dan sila klik di sini "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part II)"


Nota:
*Penerangan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan tidak  semestinya sama bagi setiap pengguna.

Friday, 7 August 2015

Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis (Part II)



Pesakit Asma
Sumber Foto: Google



Pesakit Sinusitis (macam resdung)
Sumber Foto: Google

Dalam entry ini saya akan fokuskan tentang penggunaan vakum berkuasa tinggi, mop lantai menggunakan air panas, penggunaan cecair pengilat lantai & Dettol, penggunaan latex glove, face mask dan sabun cuci tangan Dettol.

Langkah penjagaan seperti ini amat perlu dilakukan jika pengidap penyakit asma dan sinusitis ingin membela kucing. Walau bagaimanapun, semua penerangan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan keluarga semata-mata.

Bagi tujuan keselamatan dan kesihatan anda disarankan bertanya kepada doktor dan vet untuk mendapat kebenaran mereka.

Bagi pengidap penyakit asma dan sinusitis yang ingin membela kucing dalam rumah, amalan kebersihan sangat perlu dititik beratkan, terutama sekali kebersihan udara dan kebersihan lantai. Bagi menjaga kebersihan udara sila klik di sini kerana saya telah terangkan dalam entry sebelumnya yang bertajuk "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic dan Sinusitis (Part I)". 

Bagi menjaga kebersihan, vet menyarankan kepada orang yang bela kucing dalam rumah supaya vakum lantai setiap dua hari sekali. Bagi memastikan lantai bersih daripada debu, habuk dan bulu kucing, saya menggunakan vacuum cleaner yang berkuasa tinggi. Saya menggunakan vacuum cleaner jenama Panasonic yang mempunyai kuasa tinggi, iaitu 1600 watt seperti dalam gambar di bawah. Harga RM399 boleh beli di Seng Heng ketika ada offer.



Vacuum Cleaner Panasonic Berkuasa Tinggi (1600W)
Sumber Foto: Google


Memang seronok menggunakan vakum seperti di atas. Kerja-kerja vakum menjadi mudah dan cepat. Vakum ini mempunyai sedutan yang sangat kuat. Tidak serik menggunakannya dan rasa worth it membelinya. 

Semua habuk, debu dan bulu kucing ditarik dengan cepat dan mudah. Tidak perlu vakum banyak kali. Dua atau tiga kali vakum sahaja lantai sudah bersih. 

Paling seronok lantai basah pun boleh vakum. Selepas mop lantai biasanya saya pasang kipas laju-laju untuk pastikan lantai cepat kering. Tetapi dengan menggunakan vacuum cleaner jenama Panasonic yang berkuasa tinggi ini, cukup dengan sekali vakum sahaja lantai yang lembab menjadi kering serta merta!

Selain itu kalau ada gelas berisi air, jatuh ke lantai dan pecah, boleh terus vakum kaca dan air sekaligus! Mudahkan?

Vakum di atas juga senang dibersihkan. Angkat sahaja penutup hitam di atas, letakkan beg plastik sampah pada muncungnya, ketuk dan semua sampah terus keluar. Bagi mengelakkan habuk, saya memakai face mask ketika membersihkannya. Cuma untuk membersihkan kain pada penutupnya, perlukan sedikit usaha untuk menarik debu keluar.

Selain itu, gambar di bawah pula merupakan vacuum cleaner Panasonic saya yang lama. Kuasa 800 watt. Harga dah lupa sebab dah lama beli. Kalau tak silap harga dalam dua ratus lebih.



Vacuum Cleaner Panasonic Berkuasa Rendah (800W)
Sumber Foto: Google

Vacuum cleaner seperti dalam gambar di atas saya beli jenis yang ada beg. Tujuannya supaya saya tidak perlu bergelumang dengan habuk dan debu. Bila telah penuh, saya buang beg yang lama dan gantikan dengan beg yang baru.

Walau bagaimanapun, kuasa sedutannya agak rendah. Tak seronok dah nak vakum bila dah biasa guna vacuum cleaner yang berkuasa tinggi. 

Supaya tidak membazir, vacuum cleaner ini saya gunakan khusus untuk vakum bilik kucing. Kalau ada pasir yang kasar saya sapu menggunakan penyapu dan penyodok terlebih dulu. 

Kemudian pasir-pasir halus yang masih berbaki saya vakum gunakan vacuum cleaner ini. Walau bagaimanpun, vacuum cleaner ini hanya boleh digunakan untuk vakum lantai yang kering sahaja.

Selepas vakum lantai, saya mop lantai menggunakan mop jenama Cosway yang dibancuh dengan 4 jug kettle air panas mendidih dan setengah penutup cecair Floor Shine yang juga jenama Cosway. 

Mop jenama Cosway ni didatangkan dengan baldi yang mempunyai paddle untuk dikayuh. Bagi tujuan memerah air dari kain mop, maka paddle ditekan berulang kali sehingga air kering. Tak perlu perah dengan tangan dan gunakan tenaga yang banyak. Hanya kayuh paddle dengan menggunakan kaki sahaja.

Selain itu, kain mop juga boleh ditukar. Saya gunakan kain mop yang berbeza untuk mop bilik kucing.

Harga mop kalau tak silap saya adalah lebih kurang enam puluh lima ringgit. Saya dah lupa harga sebenar. Walau bagaimanapun, sekarang Cosway dah keluarkan mop model lain.




Mop Jenama Cosway - Pandangan Sisi
Paddle Berwarna Hitam Boleh Dikayuh
Sumber Foto: Koleksi Peribadi




Mop Jenama Cosway - Pandangan Atas
Sumber Foto: Koleksi Peribadi




Pengilat Lantai Floor Shine Jenama Cosway
Sumber Foto: Google

Timbul persoalan kenapa saya guna air panas? Saya rasa lebih confident mop lantai gunakan air panas kerana saya bela kucing dalam rumah. Selain itu, dengan air panas, lantai akan lebih berkilat dan jernih. Pada masa akan datang saya nak cuba pula tambahkan cecair Dettol dalam bancuhan air mop lantai bagi tujuan untuk mematikan kuman.



Cecair Dettol
Sumber Foto: Google


Bagi tujuan menjaga kebersihan, vet menyarankan agar najis kucing dikaup/dibuang sebanyak dua kali sehari, iaitu pagi dan petang. Jika tak dapat dikaup/dibuang dua kali sehari, rasanya sekali seharipun masih okey. Part ini saya kena tanya semula dengan vet. Huhu.

Dalam hal ini, saya pastikan setiap kali mengaup/membuang najis kucing, saya dan keluarga memakai latex glove dan face mask. Setelah selesai kerja pembersihan, saya dan keluarga akan basuh tangan menggunakan sabun tangan Dettol.

Selain itu, setiap kali sebelum makan, kami akan basuh tangan menggunakan sabun tangan Dettol. Selepas mengusap kucing, kami juga akan basuh tangan menggunakan sabun Dettol.



Latex Glove Boleh Dibeli Di Kedai Farmasi
Sumber Foto: Google


Face Mask Boleh Dibeli Di Kedai Farmasi Atau Di Mydin Mall
Sumber Foto: Google



Sabun Tangan Dettol Boleh Dibeli Di Kedai Farmasi Atau Di Pasaraya
Sumber Foto: Google


Selain itu, bekas yang digunakan untuk meletakkan pasir kucing juga perlu dibersihkan secara berkala. Tengoklah kalau bekas dah kotor bolehlah basuh. Vet menyarankan agar basuh dengan air bersih dahulu untuk buang kotoran yang melekat. Kemudian basuh atau bilas dengan air yang dicampur dengan Clorox.

Saya bertanya kepada vet, "kenapa tak gunakan Dettol sahaja, bukankah Dettol juga boleh bertindak untuk mematikan kuman?". Vet menjawab, Clorox lebih berupaya dan berkesan untuk mematikan kuman. Terutamanya kucing-kucing yang telah dijangkiti penyakit FDL (leukimia), Sphoro dan lain-lain". Oh gitu..

Kemudian timbul persoalan kenapa tak mop lantai guna Clorox je? Tak boleh ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang, nanti permukaan tiles akan rosak, pudar dan terhakis sehingga menyebabkan lebih banyak kotoran  melekat. Tetapi pastikan pakai latex glove yang lebih tebal kalau nak basuh bekas pasir menggunakan Clorox.



Clorox Boleh Dibeli Di Kedai Runcit Atau Pasaraya
Sumber Foto: Google



Latex Glove Tebal Boleh Dibeli Di Kedai Hardware
Sumber Foto: Google


Kesimpulannya, jika setiap keluarga yang ingin membela kucing dalam rumah membuat langkah penjagaan kebersihan seperti ini, saya yakin masalah allergic kucing dapat diatasi atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.

Bagi pesakit asma dan sinusitis walaupun tidak bela kucing dalam rumah langkah penjagaan dan kebersihan seperti ini amat perlu dititikberatkan.


Sila klik di sini bagi membaca entry yang bertajuk "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part I)" dan sila klik di sini "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part III)"


Nota:
*Penerangan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan keluarga. Setiap orang mungkin ada cara yang berbeza untuk menjaga kebersihan.

Thursday, 6 August 2015

Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis (Part I)



Pesakit Asma
Sumber Foto: Google



Pesakit Sinusitis (macam resdung)
Sumber Foto: Google


Saya rasa ada ramai orang di luar sana yang berminat membela kucing. Tetapi allergic dengan kucing. Terutama pesakit asma dan sinusitis (macam sakit resdung) memang tidak boleh membela kucing dalam rumah.

Saya dan keluarga juga menghadapi masalah yang sama. Tetapi disebabkan keinginan untuk menyelamatkan anak-anak kucing-kucing siam yang dibuang orang, saya cuba mencari penyelesaiannya.

Bagi mengatasi masalah tersebut saya menggunakan air purifier (penapis udara). Saya menggunakan jenama Coway. Kenapa saya pilih jenama Coway?



Air Purifier (Penapis Udara) Coway
Model: Lombok II
Sumber Foto: Koleksi Peribadi

Bagi saya jenama ini menyediakan servis yang terbaik.  Pertimbangan ini dibuat berdasarkan pengalaman menggunakan water filter (penapis air) Coway semenjak dua tahun lepas (pada tahun 2013).

Ada banyak air purifier yang terdapat di pasaran. Pergi sahaja ke kedai elektrik ada bermacam-macam jenama sama ada yang murah atau mahal. Tepuk kocek tanyalah hati nak beli yang murah atau mahal. Huhu.

Tetapi semua air purifier tersebut pengguna perlu servis atau cuci sendiri. Jadi apa maknanya beli air purifier tetapi perlu bergelumang dengan habuk dan debu ketika mencuci? Sedangkan orang yang allergic dengan debu seperi pesakit asma dan sinusitis perlu mengelakkan debu dan habuk.

Air purifier Coway ini menyediakan khidmat servis setiap dua bulan sekali. Alat-alat penapis yang terdiri daripada enam lapisan akan dicuci dan diganti percuma secara berkala.Mudahkan? 

Sekali dah beli air purifier tak payah nak fikir servis dan tukar alat-alat ganti. Semuanya percuma dalam tempoh lima tahun. Bayangkan kalau ada aircond yang sediakan perkhidmatan seperti itu. Tentu saya orang yang pertama beli aircond jenama tu.

Harga sewa beli air purifier Coway adalah RM110 sebulan dan sudah merangkumi kos servis serta kos alat ganti. Selepas lima tahun air purifier tersebut akan jadi milik kita. Tetapi jika kita rasa terbeban tak mampu nak bayar sewa atau jika rasa tak berbaloi, boleh pulangkan selepas dua tahun. Itu dinamakan sewa dan bukan sewa beli. Ini bermakna pengguna boleh pulangkan semula air purifier tu kepada Coway selepas dua tahun.

Kalau nak beli tunai pun boleh tetapi kos servis dan kos alat-alat ganti hanya percuma selama setahun sahaja. Untuk itu pengguna kena renew vip member sebanyak enam ratus lebih setahun (lupa harga yang tepat) untuk dapat servis dan alat ganti percuma pada setiap tahun.

Air purifier Coway mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, air purifier ini dapat menarik habuk termasuk bulu kucing yang berterbangan di udara. Sejak mengunakannya rumah saya sudah kurang habuk dan sawang walaupun bela kucing. Berbanding dengan bilik tidur lebih banyak habuk walaupun kucing tak dibenarkan masuk. Ini adalah kerana di bilik tidur belum ada air purifier

Walau bagaimanapun, air purifier ini tidak dapat menarik habuk yang sudah jatuh ke lantai. Untuk itu, kena vakum lantai sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sekali. Memang mudah, tak perlu vakum lantai setiap dua hari sekali seperti yang disarankan oleh vet :-) Kalau dapat patuhi saranan vet lagi bagus!

Sebenarnya, semenjak ada air purifier Coway pada kebanyakan masa saya hanya vakum lantai setiap 10-14 hari sekali. Huhu. Itupun masih okey, kami tak kena asma dan sinusitis. Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang bekerja dan tak berapa rajin vakum lantai!

Selain itu, air purifier Coway dapat neutralkan udara yang beracun dan nyahkan bau. Bau masakan pun akan dineutralkan. Kalau ada tetamu yang buang angin (kentut) indikator air purifier akan bertukar kepada warna merah untuk 'bekerja' nyahkan bau dan neutralkan 'racun'. Huhu. Air purifier ini juga boleh neutralkan kuman H1N1. Apabila udara telah kembali normal indikator bertukar kepada warna biru.

Ada banyak lagi kelebihan air purifier Coway. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila klik di sini (Coway Malaysia).

Sila klik di sini bagi membaca entry yang bertajuk "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part II)" dan sila klik di sini "Nak Bela Kucing Tapi Asthmatic & Sinusitis? (Part III)"


Nota:
*Penerangan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan tidak  semestinya sama bagi setiap pengguna.